• Register
Penyakit Kelamin
PDF
Print
E-mail
Written by baya227799   
Thursday, 06 October 2011 11:14

 

Penyakit Kelamin

lihat Powerpoint Presentation disini-BARU!

Pengenalan

Penyakit kelamin disebarkan oleh hubungan seks di antara pasangan yang telah dijangkiti

kuman, seperti chlamydia, sifilis, dan gonorrhoea. Ia boleh dijangkiti semasa hubungan seks

melalui faraj, dubur atau oral (mulut). Di Malaysia, kes penyakit kelamin bertambah dari

setahun ke setahun, lebih-lebih lagi di kalangan remaja yang berumur antara 16 hingga 24

tahun. Di antara sebab bertambahnya kes-kes adalah pendedahan awal kepada seks dan

melakukan seks bebas pada umur yang muda.

Apakah jenis-jenis penyakit kelamin?

Berikut adalah jenis-jenis dan organisma yang terlibat:

STD Organisma

Gonorea bacteria Neisseria gonorrhoeae

Sifilis bacteria Treponema pallidum

Non-gonococcal urethritis (NGU) Chlamydia trachomatis

Vaginal candidiasis Candida albicans (fungus)

Genital herpes Herpes simplex virus type 1 & 2

Genital warts (Ketuat kemaluan) Human papilloma virus

HIV/AIDS Human immunodeficiency virus

Hepatitis B Hepatitis B virus

Trichomoniasis Trichomonas vaginalis

 

Bagaimanakah penyakit kelamin merebak?

Penyakit kelamin merebak melalui:

Perhubungan seks

Berdampingan secara fizikal dengan individu yang telah dijangkiti

Beberapa jenis penyakit kelamin boleh merebak melalui pemindahan cecair badan (air mani

dan cecair dari faraj) daripada individu yang telah dijangkiti contohnya HIV, Hepatitis B,

NGU dan gonorea.

Sementara itu, jangkitan penyakit kelamin seperti sifilis, herpes dan warts boleh merebak

melalui sentuhan kulit. Penyakit sifilis, hepatitis B dan HIV juga boleh merebak melalui ibu

yang telah dijangkiti virus tersebut kepada bayinya ketika dalam rahim atau sewaktu

dilahirkan, penagih berkongsi jarum atau pemindahan darah yang dijangkiti.

 

Tanda dan Gejala

Anda perlu berjumpa doktor jikalau anda mengalami gejala seperti: gatal, bengkak, keluaran

lendir, sakit dan kemerahan di bahagian faraj atau zakar.

Chlamydia

Infeksi chlamydia selalunya tidak memberi apa-apa tanda bagi pesakit wanita, tetapi pesakit

mungkin mengalami gejala yang tidak spesifik seperti radang pundi kencing, keluar lendir

dari faraj atau sakit dibahagian ari-ari. Lelaki pula selalunya mengadu sakit, bengkak, keluar

lendir dari salur kencing dan bengkak salur epididymis (salur dari buah zakar ke batang

zakar). Penyakit ini masih boleh berjangkit walaupun gejala hilang selepas beberapa hari.

Ketuat di bahagian kemaluan (Genital warts)

Terdapat ketuat yang berwarna putih atau bintik-bintik putih di kawasan faraj dan kemaluan

atau di lubang dubur. Tetapi majoriti pesakit tidak mengadu apa-apa gejala. Ini menyukarkan

doktor untuk membuat diagnosa yang tepat bagi penyakit tersebut.

Herpes di bahagian kemaluan (Genital herpes)

Seperti ketuat, herpes selalunya tidak menunjukkan gejala. Mereka yang menunjukkan tandatanda

penyakit akan mengadu demam, gatal, 'panas' dan bengkak di bahagian kemaluan.

Kadang kala kulit boleh melepuh dan membentuk ulser menyebabkan sakit semasa

membuang air kecil.

Gonorrhoea

Gonorrhoea ialah jangkitan yang melibatkan lelaki dan perempuan. Ia boleh menjangkiti

kawasan kemaluan, dubur, usus atau tekak. Lebih kurang 90% pesakit akan mengadu

keluaran lendir bernanah dari kemaluan dan sakit semasa membuang air kecil.

Sifilis

Gejala awal adalah pesakit akan mengadu terdapat kudis di bahagian zakar atau faraj. Kudis

ini mungkin tidak sakit dan akan hilang sendiri walaupun tanpa rawatan. Kemudian, pesakit

mungkin mengalami demam, menggigil dan sakit otot.

HIV

Pesakit mungkin mengadu demam dan sakit otot beberapa bulan selepas dijangkiti virus HIV

ini, tetapi majoriti tidak mempunyai apa-apa simptom. Hanya ujian darah dapat memastikan

samada anda dijangkiti HIV atau tidak. Ujian darah tersebut mungkin terpaksa diulang jika

didapati negatif. Lama-kelamaan, sistem imuniti pesakit akan berkurangan dan beliau akan

sukar melawan penyakit.

Radang salur air kencing tidak spesifik (Non-specific urethritis)

Penyakit ini menjangkiti lelaki. Antara gejala penyakit ini adalah terasa sakit semasa

membuang air kecil dan pengeluaran lendir dari pangkal saluran air kencing.

Trichomoniasis

Organisma yang menyebabkan penyakit ini diberi nama Trichomonas vaginalis (TV).

Kebanyakkan pesakit tidak mengadu apa-apa simptom tetapi segelintir akan mengalami

keluar lendir kuning atau kehijauan, gatal dan bengkak di bahagian kemaluan. Pesakit lelaki

tidak menunjukkan simptom tetapi selalu menjadi pembawa penyakit ini.

Kutu di bahagian kemaluan (Pubic lice)

Gejala termasuk gatal di bahagian kulit kemaluan. Anda mungkin juga mendapati serbukserbuk

hitam (najis kutu) atau serbuk putih (telur kutu) di bahagian kemaluan atau seluar

dalam.

Kudis buta (Scabies)

Kudis buta boleh berlaku di mana-mana bahagian badan dan juga kawasan lipatan badan.

Gejala termasuk gatal (lebih lagi waktu malam), ruam dan bintik-bintik hitam.

Kulat(Thrush)

Gejala termasuk gatal di bahagian kemaluan, keluar lendir putih (seperti dadih) dan bintikbintik

keputihan di bahagian faraj atau zakar.

Penyakit kelamin boleh berjangkit melalui hubungan seks. Anda boleh mendapat penyakit ini

jika anda mengamalkan atau melakukan:

Hubungan seks melalui faraj tanpa kondom,

Hubungan seks melalui dubur

Hubungan seks melalui oral (mulut ) atau,

Bersentuh dengan kemaluan mereka yang berpenyakit.

 

Diagnosa

Kebanyakan penyakit kelamin didiagnosa melalui aduan dan sejarah pesakit. Ini diikuti

dengan ujian darah, air kencing dan ujian-ujian yang lain. Keputusan ujian adalah rahsia

antara pesakit dan doktor. Doktor akan mengambil ujian sapuan di bahagian faraj atau batang

zakar (selalunya menggunakan putik kapas) dan akan dihantar ke makmal. Kementerian

merangka untuk mewujudkan satu ujian yang mudah bagi pesakit melakukannya di rumah,

menggunakan air kencing atau sapuan dari pangkal faraj sahaja. Pesakit boleh mengambilnya

sendiri dan ini boleh mengurangkan rasa malu pesakit ketika mendapat rawatan bagi penyakit

ini. Dalam sesetengah keadaan, seperti kutu kemaluan, ujian yang lebih rapi tidak perlu

dilakukan. Penyakit kelamin memang sukar untuk dikesan memandangkan kebanyakan

pesakit tidak menunjukkan apa-apa simptom (seperti chlamydia, trichomonas, dlll).

 

Komplikasi

Penyakit radang pelvis (Pelvic inflammatory disesase), mengandung luar rahim atau

kemandulan.

 

Rawatan

Penyakit kelamin boleh dirawat dengan antibiotik sementara ubat antiviral boleh digunakan

untuk herpes di bahagian kemaluan. Ketuat di bahagian kemaluan selalunya sembuh sendiri

tanpa rawatan. Kebanyakan pesakit akan meminta doktor membuang ketuat tersebut untuk

sebab-sebab kosmetik. Di antara agen-agen untuk rawatan ini termasuklah cecair nitrogen

yang akan membekukan ketuat tersebut.

Dalam semua kes penyakit kelamin, pasangan seks pesakit mesti juga dirawat walaupun tidak

menunjukkan apa-apa gejala. Ini untuk mengurangkan risiko jangkitan kepada orang lain.

Di bawah adalah rawatan-rawatan ringkas tetapi spesifik bagi penyakit-penyakit kelamin:

Chlamydia dirawat dengan antibiotik untuk beberapa hari hingga beberapa minggu.

Trichomonas vaginalis (TV): mudah dirawat dengan antibiotik.

Gonorrhea: biasanya antibiotik diberi untuk sekali sahaja.

Radang salur air kencing tidak spesifik (Non-specific urethritis) mudah dirawat

dengan antibiotik tetapi boleh menyebabkan masalah kepada saluran air kencing

setelah pulih.

Virus yang menyebabkan herpes di bahagian kemaluan boleh hidup dalam badan dan

tiada rawatan boleh menghilangkannya. Tetapi ubat antiviral boleh mengurangkan

simptomnya. Pesakit dinasihat mengamal beberapa amalan sihat yang boleh

mengurangkan kebarangkalian virus itu kembali seperti: menghindari dari stres,

banyak berehat, berhenti merokok, tidak mengambil alkohol dan tidak berjemur di

tempat panas.

Kutu di bahagian kemaluan (Pubic lice) boleh dirawati dengan shampu khas, krim

atau losyen yang boleh membunuh kutu dan telur-telur kutu.

Kudis buta (Scabies) boleh dirawati dengan losyen khas yang dilumur ke seluruh

badan dan dibasuh 24 jam kemudian.

Setakat ini tiada rawatan untuk AIDS (hyperlink AIDS), tetapi ada ubat yang dapat

mengurangkan virus HIV dalam badan dan menolong mengekalkan sistem imuniti

seberapa lama yang boleh. Penyakit yang berkaitan dengan AIDS boleh juga dirawat.

Sifilis boleh dirawat pada peringkat awal menggunakan antibiotik untuk 2 minggu. Ia

juga boleh dirawat semasa peringkat akhir penyakit. Tetapi komplikasi kepada

jantung dan sistem saraf tidak boleh dirawat.

Kulat (Thrush) boleh dirawat dengan pesari (ubat yang dimasukkan ke dalam faraj),

krim atau ubat pil makan. Lelaki selalunya menggunakan krim yang disapu

dibahagian kemaluan.

Ketuat di bahagian kemaluan (Genital warts) boleh dirawat dengan menyapu ubat

cecair khas atau membekukannya dengan ubat semburan. Rawatan perlu diulangi

beberapa kali untuk beberapa sesi.

 

Pencegahan

Hindari dari seks bebas dan setia kepada pasangan anda adalah rawatan yang paling efektif

dan praktikal. Penggunaan kondom juga efektif untuk menghindari penyakit kelamin. Anda

digalakkan kerap menjalani pemeriksaan doktor dan mengenali pasangan anda sebelum

berkahwin. Jikalau anda mempunyai simptom-simptom di atas, anda dan pasangan anda

digalakkan berjumpa dengan doktor. Pasangan anda juga digalakkan untuk mendapat rawatan

jika didapati mengidap penyakit kelamin.

 

Kumpulan Sokongan

Majlis AIDS Malaysia

Semakan Akhir : 22 April 2008

 

Last Updated on Friday, 13 July 2012 14:23
 

Penafian

Khidmat SMS ini adalah untuk remaja yang belum berkahwin sahaja. Berjumpa doktor secara bersemuka adalah lebih baik berbanding bertanya secara SMS. Persatuan Kesihatan Remaja Malaysia tidak bertanggungjawab diatas apa-apa kerosakan atau akibat daripada penggunaan perkhidmatan atau maklumat dari laman web POYO di www.poyo.my.

Soalan yang mengganggu dan menghina akan dilaporkan kepada SKMM di aduanskmm@cmc.gov.my